Monday, January 4, 2010

Dia masih di sini


Dia masih disini
Memerhati, tapi tak mampu untuk menegur
walau tidak berjasad, namun
Dengan semangatnye aku dapat merase
Berlegar-legar di segenap ruang
memberi satu semangat untuk terus membina
dan mengukuh struktur karekter serta jasad sahsiah aku
Bukan sahaja di ruang ini
Tapi semangatnye turut berlegar di ruang peminat lain
Aku mengharapkan semangat itu kekal singah
Walau cume untuk seketika
memberi inspirasi dan perasaan
Yang mampu membuat aku terkenang
Lalu menghujankan mata…
Semoga kamu tenang di sana
wahai sang idola

Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad (1958-2009)

Sunday, January 3, 2010

gambar, gambar, gambar

hanya gambar semata-mata..tidak berniat untuk memerli mana-mana pihak..

btw, pic ni sungguh menarik, aku suke ton kaler yang di pamerkan dan motif warna bangunan tuh..



yeah, say NO to all..dah sampai tanda2 dah..

sumber: NST online (retrieved on 3/1/10)

Tuesday, December 22, 2009

storm warrior II


yes, yes..haha..actually ni pon entry on delay gak..sepatutnya tulis 2 3 ari lepas, tapi sebok dan not in the good mood to write aku delay je la..

a few days back kitorang kuar g cheras selatan..aim die adalah nak tgk movie citer Storm Warrior II. sebelum tu ade ura-ura nak tgk Avatar but since tayangan agak lambat so just stick to Storm Warrior jek..6 orang sumer pergi...so dapat gak tgk tayangan kol 10.45 malam..tu pon seat depan gak, row B and C..malang sekali aku dok seat B..lengoh paler dok tgk. dok kat lokasi tuh cam tak puas tgk, ye la screen besau sgt..xleh nak tgk full view..sekejap tgk kiri pas tu tgk kanan...

ok la as always review sket..

storm warrior cite cine sambungan dari cite dulu2 tuh the storm riders..tapi pelakon die still same lagi (thats why they called Storm Warrior II, mangkuk..!!). kisah 2 orang pahlawan penjejak badai ngan penjejak awan..lakonan aaron kwok dan jugak Ekin cheng..

alkisahnyer dorang ni nak lawan sorang enemy neh yang power cukup kuat nak tangkis segala macam serangan name die lord godless (tapi bile di translet ke bm dorang pangggil raja atheis). tujuan lord godless ni nak take over cine by taking the tulang of dragon (xtau ape motip tulang tuh). so dalam nak memnguatkan power 2 ekor neh dorang terpaksa berguru ngan lord wicked or name bm die raja iblis besar. namun nak dapat power dalam mase beberapa hari dorang have to go through evil way..si awan ni tak leh belajar gune care evil sbb terlalu panas baran so si angin jek boleh..

namun, something goes wrong si angin ni xleh nak kontrol diri, sampai evil tuh merasuk dan hampir take over die nyer body..lepas kalahkan lord godless dua ekor nih start fight among themself..to jek review ending tgk sendirik la, tak nak spoil...haha

komen aku lak..citer ni ok jek..die nyer sound effect kuat giler..jalan citer member aku tak suke. tapi aku mmg suke citer lawan2 kungfu2 nih..so best gak la.. yang part tak best tu bile die buat slow motion time dorang lawan2 tuh..hangin giler aku, kite nak tgk camner dorang lawan bukan reaksi, mimik muke, or even peluh jatuh ker..bukan kite nak tgk benda tuh..ape lah...dah cam citer matrix lak..tak suke gak ending..hehe (spoiler tol)...so aku rate citer neh 8 over 10..rekomen untuk tgk bagi peminat kungfu2..one thing aku nak ckp, don't expect too much for this film..i mean at the ending part la..

ok sekian melaporkan dari paan..

gapaian terakhir

How do you feel when someone close to you expecting of you, to do something that they wanted to but you just couldn’t do it. No matter how hard you tried, you just couldn’t. I can feel the feeling of disappointment in their face after they have disregarded their feeling and ego to ask for help. Obviously dorang mesti desperate seseangat kalau tak kkan nak mintak tolong kite kan.
Tapi aku just tak boleh nak fulfill permintaan tuh, it’s too big for me. I’m so sorry friend. Aku tahu penderitaan kau kat sana, walaupun aku tidak melihat sendiri tapi berada berjauhan tanpa sesiapa yang engkau percaya untuk mendengar masalah kau, aku sudah experienced that. It’s awful dan seoalah2 kau hilang punca, tiade tempat untuk berpaut. Seolah-olah kau hanyut, di buang arus.
Walaupun bagi sesetengah orang permintaan tuh agak kecil tapi melihat keadaan aku sekarang nih, ianya sesuatu yang besar. Aku mintak maaf sesangat tak mampu tolong kau, cume aku harap dengan doa aku, ianya sedikit sebanyak can shed some light to your problems.
I’m just hoping all the best untuk kau, semoga Allah cucuri rahmat-Nya keatas kau, gud luck always.




Tiupan itu memanggil-manggil
Mengapai tangan mencari aku
Mencari sekujur tubuh yang pernah di bantu suatu ketiaka dulu
Perlahan-lahan ia tenggelam di balik pasir dan lumpur
Terus tenggelam
Namun aku hanya mampu melihat
Kaku tidak berganjak
Tangisan demi tangisan
Megalir membasahi bumi
Perlahan-lahan engkau hanyut
Sehingga gapaian terakhir aku hanya mampu melihat dan menangis

p/s: maafkan aku kawan..

thanks for reply

Ahahaha..aku gembira sangat sebab akhirnya dia react dan baca jugak blog aku yang bertajuk “specially for you”. Tapi dia reply without knowing that entry tu aku tuju untuk dia. Dan satu lagi aku agak kecewa bila dia cakap dia pun dalam process untuk mengenali seseorang. So hampir secara rasminya aku telah gagal dan kalah dengan mamat tu, yang rampas dia dari aku. Aku tak akan mungkin maafkan diri aku sendiri diatas segala kejahilan dan kebodohan aku treat her like that. Apa-apa pon aku berharap lelaki yang dia tengah consider itu jauh lebih hebat dan lebih bagus dari aku. Supaya aku tidak lagi lihat kekecewaan dan kesedihan di mata dia seperti yang aku sering lihat masa kami bersama...good luck and moga bahagia…aku kerap merintih dan kerap aku mengeluh, hanya tulisan yang mampu aku luahkah betapa aku mencintai dia. Bila dia tanya siapakah wanita yang bertuah itu, ingin saja aku jawab “awaklah ratu hati saya”. “Saya tujukan blog itu untuk awak”. Namun, bila dia bagitahu yang dia telah menemui seseorang yang baru, hasrat aku terbantut, takut aku untuk melukakan hati dia lagi.. dan aku tahu dia sudah berupaya melupakan aku. Berbahagialah, aku juga akan cuba untuk melupakan die dalam hati ni, namun aku tahu ianya sesuatu yang amat susah bagi aku, begitu pahit untuk aku telan. Namun life must go on. It’s take a big leaps for me to start a new life, but whatever it is I’ll tries to forget you…

Monday, December 21, 2009

Malaysia boleh


agak telambat untuk aku ulas isu nih sedangkan blogger lain kat malaysia nih dah kuarkan entry serupa ini berhari-hari lepas dah. tapi dek kesibukan aku terpaksa jugak delay nak publish.

enjin jet rm50 jota ilang..???

biar betik, telopong seketika..camne leh jadi macam tuh..?? bukan benda kecik enjin tuh nak ilang macam hilang pensil jek. dan aku dengar-dengar hilang sejak 2007 lagi di jual oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. senang sgt di pengaruhi oleh duit. kalau macam ni lah gayanya mereka yang kite gelar pahlawan yang akan berada di hadapan sekiranya berlaku peperangan, aku rasa senang-senang je negara kite di takluk lagi. offer duet kopi sket, aku rase ngan mesia2 ni dorang jual agak nya. enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM yang di dapati hilang dipercayai di dalangngi oleh orang dalam.

malu sesangat kat orang luar, probably dorang tgh gelak2 skang nih...aku rase pengkhianat ini wajib di pancung kepala di hadapan orang ramai. bukan sahaja pertahanan kite di jual, tapi maruah dan integrasi kite sama di lelong dan di jaja.

penting diri sendiri dan bodoh. (bukan semua, bagi yang terlibat sahaja, mahupun secara terang atau pun berbayang-bayang penglibatanya).

quote dari b.harian online
"Difahamkan, enjin itu sudah lama hilang tetapi dokumen menyatakan ia masih di gudang.

Lebih menghairankan, bagaimana rekod perkhidmatan dan penyelenggaraan enjin itu yang tersimpan dalam peti besi di Markas Logistik TUDM boleh hilang.

"Padahal, tiada rekod menunjukkan dokumen itu dibawa keluar dari pangkalan. Lebih misteri, bagaimana enjin sebesar itu boleh keluar tanpa dapat dikesan dari sebuah pangkalan tentera yang ketat kawalan keselamatannya," katanya.

pelik sungguh...


[update] rope2nyer dua buah enjin ilang..ish2 rm100 jota kembung poket malaun2 tuh..

kesesalan




sometimes, we try to move on but they keep tailing us..so how to forget all this sadness and "un-happiness" yang pernah hinggap dalam hidup kite walau cume buat tempoh yang begitu sekejap. memori hitam yang pernah hinggap sehingga membentuk kite seperti kite sekarang ini. cube lihat di cermin..??bayangan dosa silam dan kelemahan semalam masih kuat membelenggu di belakang.

kesesalan yang membuat kite memilih untuk tidak rapat dengan mana2 orang. kepercayan terhadap orang lain dan diri sendiri menjadi benteng persahabatan dan perhubungan.

x ade cara lagikah untuk kite buang segala sesalan dan segala kekhilafan itu..?? i know confession will do sometimes...!! but ianya tidak semudah yang disangka..tetap bermohon agar setiap malam kite boleh tidur dengan aman tanpa rase sedikit pon ketakutan yang dosa itu will come back strike at you any time..

Saturday, December 19, 2009

penantian



Derita semalam masih kukuh tersimpan
Kemas berbalut sesalan, bersalut kehampaan
Ku garap dengan ehsan berbekalkan seribu impian
Kenangan yang susah aku lupakan
Mengikat aku di masa ini dan masa hadapan
Terdiam kaku aku tanpa kata
Tak mampu menoleh mahupun berganjak kedepan
Mengharap ianya hilang di telan hari
Mahupun meresap di balik sepinya hujan
Namun secangkir luahan itu, tetap aku ingat
Bermain manja di fikiran
Oh bantulah aku lupakan dia
Walau hanya untuk seketika
Mencari satu entity baru untuk di jadikan teman
Mengganti kamu wahai si pari idaman

Thursday, December 17, 2009

sang jahanam dengan ilmu hitam


pagi-pagi ni best sgt kalo leh baca paper sambil bantai nasik lemak plus tea tarik. so konon-kononya nak gak la tau current isu ape sumer neh, so belek la aku paper online, tup2 terbaca pasal seorang bapak tiri setan + jahanam kat brazil nun. buat aku nak mencarot tanpa henti jek pepagi jumaat yang ceria dan mulia nih.

alkisahnye sorang budak berumur 2 tahun di Botirama, Brazil menjadi mangsa ilmu hitam si bapak tiri setan + jahanam tuh apa bila dokter menemui 50 batang jarum jahit dalam tubuh budak tuh, temasuk beberapa batang berdekatan hati. mula-mula si budak tuh mengadu sakit perut, so di bawak p spital so dokter scan jumpe jarum kat bahagian dalaman budak nih. at first dorang confused gak, camner la leh ade jarum kat dalam badan dak tuh, so pihak polis ni questioned mak die, tapi harem si ibu nih tak tau..
so, lepas di siasat sedalam-dalamnyer, dorang discover that bapak tiri setan + jahanam yang sihirkan anak kecik tuh dan die pon dah ngaku yang die sihir anak tiri die sebab nak balas dendam kat isteri die..die gitau lagi, yang pompuan simpanan die yang suh die sihirkan si budak tuh..

malang giler nasib budak tuh, kecik lagik dah go through such thing. tak kan takder otak, kalo xsuke kat mak pon jgn la buat budak kecik macam tuh. dorang bukan tahu ape-ape pon, aku rase tak adil budak di jadikan medium untuk balas dendam gara-gara masalah kite si orang tua. entah berapa lama dah jarum tuh kat situ, aku ade bace orang ckp jarum tuh di masukan satu persatu. so bayangkan berapa lama budak tu menannggung sakit. nak bagi tau, xreti cakap lagi, maklum la baru je 2 taun..cume merengek menangis je la..

sumber b.harian dan kosmo online

p/s: still ade lagi 2 batang jarum berdekatan ngan jantung dak tuh, dokter ckp xleh buang coz terlalu merbahaya..

p/s: kat philipines lak budak kecik di jadikan tebusan maut bersama penagih dadah kene tembak, ape nak jadik ngan dunia neh, penuh ngan orang bodoh tak berakal..kanak-kanak lak jadi mangsa.

p/s: kat mesia pon ape kurangnyer, baby kecik bersepah di buang merata-rata macam buang pampers or pad jek..ni pon gara-gara orang tua yang gatai berair nak beromen..