kadang2 aku pun sama, merojakan bahasa kebangsaan kita..mungkinkah dengan adanya golongan seperti aku ni, perkara yang di paparkan di video kat bawah ni akan berlaku..??
just a silence video with thousand of though..nilai-nilaikan...
di petik dari saudara yang mengarah dan menulis cerita ringkas tapi padat dengan mesej ini...saudara faiq Khalifa
Aku melihat orang yang melaung-laung mahu mengangkat bangsaku ini, tidak tahu nilai dan harga sebenarnya, maka digadai oleh mereka satu per satu, hingga yang akhirnya tinggal hanyalah namanya - Melayu.
Ku buatkan ini sebagai ketukan minda buat kaumku. Ku nukilkan secebis pesan oleh Munsyi Abdullah dari Hikayatnya...
"Harapanku, apabila seseorang itu belajar bahasa Melayu dan sudah boleh membaca surat-surat Melayu, dia akan menterjemahkan ilmu-ilmu dalam bahasanya ke bahasa Melayu."
Beliau juga mengatakan...
"Bagaimana boleh mengetahui bahasa orang lain sekiranya belum mengetahui bahasa sendiri terlebih dahulu?"
Fikirkanlah sahabat-sahabatku, tiada bangsa di dunia ini yang menjadi maju dengan memakai bahasa bangsa lain...
p/s: Video ini sedikit 'overexposed' akibat kesilapan semasa penggambaran, harap maaf.
-faiq khalifa
0 kutukan:
Post a Comment