Monday, December 7, 2009

dunia ni hanya pinjaman


ade bace paper ari nih, sedey giler tgk empat beradik mati lemas di terusan. aku xleh bayangkan bagaimana perasaan parent dorang menerima pemergian ke-empat2 sekali gus anak dorang..mcm mana kalau terjadi kat adik beradik aku ker...mesti meraung mak aku.. dah la anak sikit, 3 orang je..hmm.. ape2 pon takziah kepada kuarga arwah..moga di cucuri rahmat keatas roh mereka..sesungguhnya dunia ni hanya pinjaman...dari Allah kite datang, kepada Allah jua kite pergi...

ni kopi pes dari berita harian online

MUADZAM SHAH: Empat beradik meninggal dunia dalam kejadian menyayatkan apabila tiga daripadanya lemas ketika cuba menyelamatkan adik mereka yang terjatuh ke dalam terusan di Ladang Kelapa Sawit Kota Bahagia di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang, Muhammad Syukri Md Shamsuri dan Norsyafiqah - kedua-duanya berusia 15 tahun yang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), serta Muhammad Syafiq, 12, dikatakan nekad terjun ke dalam terusan itu tetapi ketiga-tiganya turut lemas bersama adik mereka, Norsyakirah, 8.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, Cif Inspektor Abdul Rahman Abdul Jalil, berkata empat beradik itu serta dua lagi kembar berusia enam tahun, Nor Ain Syahirah dan Nor Ain Syariah, mengikuti ibu bapa mereka, Md Shamsuri Maulana, 46 dan Saeyah Mohd Noor, 38, ke terusan berkenaan untuk memancing dan berkelah sempena cuti sekolah. Bagaimanapun, katanya, empat beradik itu memaklumkan mahu memancing dan mandi di kawasan berhampiran.

"Sebaik sampai di kawasan terbabit, Norsyakirah dipercayai tergelincir ke dalam terusan sedalam tujuh meter menyebabkan yang lain terjun bagi menyelamatkannya.

"Pada masa sama, bapa mangsa tergerak untuk melihat anak-anaknya yang berada agak jauh tetapi menjumpai joran serta selipar sebelum terlihat kelibat tangan mangsa terkapai-kapai di permukaan terusan berkenaan," katanya.


Nursyafiqah (atas) dan Muhammad Syukri.


Abdul Rahman berkata, bapa mangsa segera terjun ke dalam terusan itu bagi menyelamatkan anak-anaknya, tetapi terpaksa naik semula selepas beliau sendiri hampir lemas.

Md Shamsuri kemudian berlari ke arah jalan besar, kira-kira 100 meter dari tempat terbabit dan menahan sebuah kenderaan bagi meminta bantuan untuk menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat.

Abdul Rahman berkata, 15 anggota bomba dan penyelamat bersama polis daerah ini terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Anggota penyelamat mengambil masa dua jam bagi mencari mayat mangsa yang ditemui di dasar terusan. Mangsa pertama dikeluarkan ialah Muhammad Syukri, diikuti Nursyakirah, Nursyafiqah dan Muhammad Syafiq. Mayat semua beradik itu dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat," katanya.

0 kutukan: