Wednesday, December 2, 2009

cereka pendek: year two skip day trip

disclaimer: semua karekter dibawah mungkin mempunyai persamaan di antara yang masih hidup, namun situasi dan segala dialog adalah di reka-reka sendiri mengikot citarasa penulis. sebarang klaim mengklaim tidak akan di layan. harap maklom..



gambar sekadar hiasan semata-mata



Cuti semester semakin hampir, koswork dan assignment semuanya sudah siap, maklumlah hendak di tumpukan pada ujian final nanti. Jadi semua koswork dan assignment telah di beri sejak awal semester lagi. Biasanye setiap cuti semester kitorang selalu menganjurkan aktiviti cuti-cuti Malaysia, melawat keindahan tempat-tempat menarik di dalam Malaysia. Tidak kurang juga pada tahun ini, tapi tdestinasinya tidaklah terlalu jauh apabila kami memutuskan untuk ke genting sahaja, melencong dari cadangan aku iaitu untuk ke Pulau Pangkor.

“Paan, kitorang nak gi genting next week, ko on tak…?” tanya Amin roommate aku.

“tak tau gi ar min, sape lagi nak ikut?” balas aku bersahaja. “sumer orang ikut, tunggu ko sorang jek nak kompem” balas Amin.

Rancangan untuk bercuti kali ini di buat agak awal berbanding semester sebelumnya, iaitu 2 minggu sebelum kami menghadapi peperiksaan hujung semester atau final. Mengikut perancang asal iaitu wan, rombongan ini akan di sertai oleh 10 orang termasuk aku. Pada awalnya aku agak keberatan untuk pergi sebab tempat tinggi bukanlah kegemaran aku, namun selepas didesak oleh rakan-rakan terpaksa jua aku mengalah.

“yeah year two skip day trip..genting here we comes..!!” jerit Kabut, sebelum kami bertolak. Seperti dalam perancangan, aku, amin dan suhaili naik kereta Paan -seorang lagi kawan yang bernama hampir serupa dengan aku. Kami bertolak dari semenyih pada jam 9.00 am. Setibanya kami di stesen skyways genting, kelihatan Kabut, dengan yang lain-lain telah sedia tunggu.

“lambat ar korang ni, kitorang sampai dari tadi lagi tau” rungut wan, lalu bangun dari tempat duduknya meyapa kitorang.

“Sorry ar, ni hah Sue ni dah bape kali dah terberak on the way tadi, makan ape entah” jawap Amin.

“ Alah ko pun same ar Amin, nak kencing la, nak makan la” balas Suhaili yang dari tadi menahan perut.

“dah2, aku dah beli da tiket skyways seploh ringgit sorang, bak mai sini” tegas wan.

Oleh kerana had maksimum gondola tersebut hanya 8 orang, kami terpaksa berpecah setiap gondola 5 orang. Didalam gondola, aku terpesona dengan keindahan hutan hujan ciptaan Allah, sungguh cantik dan mengujakan. Cantiknya tak mampu aku gambarkan melalui tulisan. Lambaian pepohon kayu, menari bermusikkan siulan sang unggas yang ceria. Sungguh mengasyikan.

Tak sampai setengah jam dalam gondola kami tiba di puncak genting. Oleh kerana bukan hari minggu, kelihatan tidak terlalu ramai orang. Yang ada Cuma golongan muda-mudi bersama teman masing-masing. Barangkali masih di alam bercinta. Si pemuda merangkul mesra pinggang si gadis, seolah-olah tiada rintangan dan halangan agama. Masing-masing bebas berpengangan tangan, bergurau mesra, mencium pipi dan segenap wajah si gadis. Bagi mereka seolah-olah tuhan itu tidak wujud di genting ini, tuhan yang menghantar Atib dan Rokib mencatat segala baik buruk kelakuan. Kelakuan bukan muhrim itu benar-benar menjelekkan.

Kami bergegas ke kaunter jualan tiket. Setelah semua urusan pembelian tiket selesai, kami mula masuk ke taman tema yang sedia menunggu pengunjung seperti kami ini. Keterujaan jelas terpancar di wajah aku. Maklumlah itu lah pertama kalinya aku menjejakan kaki ku di genting ni. Habis permainan kami redah, spinning rope, spinning cup, space shot, dan macam-macam coster lagi kami naik. Mentari masih meninggi, hari masih banyak. Kami merumuskan untuk sedia mengulang setiap permainan untuk kali kedua. Tanpa banyak membantah, aku mengikut langkah mereka. Permainan pertama, pusingan kedua; space shot. Permainan yang paling menggerunkan. Aku mengambil tempat sebelah belakang, jauh dari banyak orang.

Hujan turun renyai-renyai. Bumi genting bertambah sejuk. Nafas aku makin kelam kabut, amat susahnya menghela nafas. Mataku berpinar, saat penjaga game menekan butang, nafasku tersekat. Mahu saja aku turun dari benda tu, namun game baru je bermula. Jantung aku berdegup pantas, saat space shot di pucak mataku tertutup kaku, tiada helaan nafas, jantung hampir tak berdegup. Last time aku tahu, peoples screaming around saat kali pertama space shot jatuh. Aku tidak sedarkan diri, tanpa orang lain perasan untuk 5 minit lamanya. Apabila game berhenti, penjaga space shot terus menghubungi emergency team, semua orang tergaman. First aid, di lakukan. Namun hampa, keadaan aku masih tidak berubah degupan jantung makin perlahan.



to be continue:

2 kutukan:

Mohd Suhaili Bin Jurid said...

wah, kawan2 sekolah dulu ke ni? xkenal pon..

Pepijat Kota said...

entah aku pon xkenal dorang..budak mane entah..