Monday, August 31, 2009

owh merdekanya

Sudah 52 negaraku merdeka, mengecapi segala kesenangan di balik kepayahan dan kesengsaraan nenek moyang. Berjuang seribu daya memerangi penjajah yang datang menjarah, membunuh dan menyeksa anak bumi, menukar tanah melayu menjadi suatu medan yang di cabul kedaulatannya, anak-anak perempuan di rogol, beras radio di rampas, anak-anak muda di kerah keringatnya untuk landasan maut. Itulah harga yang perlu di bayar untuk kesenangan kita sekarang ini. Mampu untuk hidup, dan menghirup udara yang aman di bumi bertuah ini.

Mengertikah kita selaku anak yang di katakan anak merdeka. Lahir dalam dunia yang serba moden, nak apa, cuma tunjuk, tanpa perlu berusaha keras. Sungguh mudah. Tahukah kita apa itu kemerdekaan? Tahukan kita apa semangatnya di balik laungan gempak gempita tanggal 31 ogos? Adakah ianya cuma konsert-konsert yang banyak menampilkan artis-artis luar, dengan pergaulan yang bebas laki perempuan, dan sampah sarap bertaburan menjelang pagi hari, tidak lupa juga kondom, botol-botol arak dan juga bayi. Merempit dan berpeleseran, bekmaksiat-maksiatan. Itukah merdeka wahai anak muda? Merdeka untuk buat apa sahaja tanpa mengira batas agama, moral dan batasan sivik.

Jikalau dahulu, teriakan Tunku Abdul Rahman di iringi dengan tangisan dan teriakan gembira nenek moyang. Kerna apa? Kerna mereka tahu, keperitan dan kejerihan yang mereka tanggung sebelum ini sudah berakhir. Tidak perlu lagi mereka mengisi perut dengan ubi kayu, berselindung di dalam hutan buas. Tidur malam tidak tenteram, terpaksa menunduk menyembah di kaki penjajah, di sepak di terajang, di cabul kehormatan diri juga keluarga. Semua itu sudah berakhir.

Dimana kesedaran dan semangat kemerdekaan itu? Adakah ianya sudah lupus, luput, dan pupus selepas generasi ibu bapa kita, generasi nenek moyang kita? Kita baru merdeka setengah abad, tapi kita sudah lupa akan keperitan dan kepedihan mereka yang berusaha bermati-matian untuk kita. Perlukah kita di jajah sekali lagi untuk mengingatkan kita betapa bermaknanya erti sebuah kemerdekaan itu. Mungkinkah sejarah akan berulang? Terpulang kepada kita. Kalau generasi tua dewasa asyik bergelumang dengan najis politik, dan generasi anak muda kita masih merempit dan bergelumang dengan najis dadah, tak mustahil kita akan di jajah kembali.

Semuanya terpulang kepada diri sendiri, yang merupakan generasi yang akan menyambung legasi nenek moyang, dalam membentuk suatu gagasan Malaysia yang bersatu tanpa mengira kaum, warna kulit, darjat pangkat, mahupun keturunan.

0 kutukan: