Saturday, April 25, 2009

selangor vs kelantan malam ni (final piala fa)

hmm...buat yang terbaik..
sayangnya aku tak berkesempatan untuk tengok (nak balik malam ni da)
all the best, gomo klate gomo...!!!


anak pasangan tukar agama kekal agama asal

one last post before i'm going back to my hometown

aku terpanggil untuk memberi serba sedikit ulasan (bukan komen) dua posen aku tetang isu yang telah di persetujui oleh kabinet 2 atau 3 hari lepas. di petik dari laman web bernama (klik sini). menurut menteri yang bertanggungjawab, mereka (ibu atau bapa yang tukar agama) perlu mendidik anak-anak mereka mengikut agama asal, ini berikutan timbulnya beberapa isu yang sering menjadi perhatian dimata masyarakat, dimana bila salah seorang ibu bapa anak terbabit tukar agama, hak penjagaan anak sering mengundang kekecohan dan kekeliruan. keputusan juga di buat bahawa perkahwinan yang di bentuk dahulu (sebelum salah seorang tukar agama) tidak terbatal dan mereka masih di anggap sebagai suami isteri.

bagi islam, sudah terang-terang mengatakan bahawa islam tidak di benarkan berkahwin dengan mereka yang bukan islam. jadi persoalanya bagaimanakah islam mengiktiraf perkahwinan antara dua agama yang berlainan (ulasan ini di buat hanya pabila salah seorang pasangan memeluk islam). adakah islam tertegak dengan perlaksanaan tersebut?-sekadar memberi persoalan

mengikut fahaman aku (yang sedikit ni-tolong betulkan kalau salah) sebarang keputusan untuk mengekalkan anak-anak dengan agama asal ibu bapa juga harus mengambil kira Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan agama anak-anak. jadi, agaknya selepas ini mereka akan pinda perlembagaan ini juga kot...(betulkan kalau salah), dan setahu aku mengikut hukum syarak mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam.

entry ini bukanlah bertujuan untuk mengkritik mahupun untuk mengkondem keputusan yang aku kira telah di buat setelah segala "pertimbangan dan perbincangan" dibuat. ianya sekadar ulasan terhadap isu semasa.


note: untuk perkongsian ilmu sahaja diambil dari wikipedia berbahasa melayu
Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.
Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama
sekadar renungan. sekularkah kita...???

Friday, April 24, 2009

maafkan aku

walaupun susah untuk aku ucapkan kata maaf itu..namun tetap ku gagahkah bibir menguntum senyum lalu mengulas dan mengukir sebuah kata yang amat manis di dengar tapi payah di ucap...keegoan yang melampau tinggi, perlu ku tekan dan perlu ku rendahkan untuk mengucapkan maaf buat sahabat di atas segala kesusahan dan kekhilafan yang telah diri aku lakukan samaada dalam sedar mahupun kurang sedar. sedarlah nilai persahabatan lebih tinggi di bandingkan keegooan yang membinasakan...


maafkan aku...

hati yang hitam

aku tiba agak lewat kemasjid ari ni, untuk solat jumaat. masa aku sampai khatib dah bagi khutbah hampir separuh dah. jadi masuk la aku, duduk bahagian tepi yang di khaskan untuk bebudak dan bebapak budak yang datang lewat (kawasan panas, tak de kipas). actually aku dah bertolak macam biasa dah, lebih kurang pukul 1.00 pm, tapi sebab melencong kearah lain (isi minyak dan ke tujuh sebelas-beli air), tu yang jadi lewat sket tu. hari ni khatib bagi khutbah tentang mati nya hati, atau something berkaitan dengan hati. memang isinya padat, dan kemas di tambah pula di baca oleh khatib yang muda, intonasi dan bacaan lebih kepada pidato, membuat aku tertarik dan bersemangat (ye kot).

khatib menceritakan tentang setiap dosa yang kita buat, akan muncul satu titik hitam dalam hati kita dan titik-titik itu akan terkikis dengan minta pengampunan dari Allah swt, jadi bayangkanlah banyak mana dosa yang telah kita lakukan dalam sehari, agak-agaknya orang macam aku ni yang sering bergelumang dengan dosa, mesti dah lebih dari hitam (atau adakah lagi perkataaan yang boleh di gambarkan bertapa gelapnya hati ku ini?). kadang-kadang majlis ilmu sebegini membuat aku teringat akan setiap kesalahan dan dosa yang aku telah lakukan sepanjang aku hidup 21 tahun di muka bumi Allah ini. hmmm...

alkisahnya selepas selesai menunaikan solat jumaat, aku berlalu ke tempat parking motor. di sebelah motor aku kelihatan motor pak guard yang memang aku jelek dan tidak suka (berlaku peristiwa ketahuan semasa aku di TISCRA- makmal komputer)-aku tak nak diskus isu ini. sebenarnya pak guard ni agak baik juga, dari segi ilmu agama dan amat suka menasihati pelajar-pelajar terutamanya berbangsa melayu -cuma aku yang agak tidak suka orang yang mencampuri urusan aku (jahil giler kan aku ni ataupun gelap giler hati aku ni!!). di awal-awal kami di bumi nottingham ni, pak guard ni la yang banyak bagi nasihat dan agak sporting berbanding pak guard-pak guard yang lain. oleh kerana Amin datang ke masjid dengan aku, aku terpaksa tunggu Amin dahulu. pak guard tadi mula datang menghampiri motor dia yang berada sebelah aku. aku yang sedia dari tadi mula memalingkan muka, harap-harap pak guard itu tidak menegur aku, namun harapan aku agak meleset.

" dah habis kelas ker?" tanya pak guard tadi dengan kuntuman senyum ikhlas di bibir. aduhai nape la orang tua ni p tegur aku plak ni, aku cakap dalam hati.
"aah dah habis dah, tunggu exam je lagi" balas aku, cuba nak balas senyum buat-buat.
"hmmm....bagus la, banyakan zikir, dan ingat Allah dan jangan lupa membaca juga, sebab itu satu dari jalan usaha" tambah pak guard tadi. aku senyum je.
"khutbah tadi bagus juga, cuma dia (khatib) tidak menghuraikan bagaimana cara untuk bersihkan hati dengan mendalam, dengan zikir biasa tak cukup perlu sesuatu yang lebih kuat sekiranya kita nak bersihkan hati. Nabi s.a.w dah ajar kat 4 orang sahabat baginda, umar, usman, abu bakar dan ali macam mana nak bersihkan hati (pak guard tu tak cerita pulak apa yang di ajar nabi kepada 4 sahabat baginda itu-barangkali kesuntukan masa). kita cuma praktikkan ape yang di ajar itu. insyaAllah hati kita akan tenang dan bersih" jelas pak guard tu. aku menganguk setuju.

pada masa ni, Amin baru keluar dari masjid. aku mintak diri untuk blah dengan suatu pukulan di otak aku yang membuat aku berfikir. Bertapa jahilnya aku, terlalu cepat menghukum orang lain semata-mata kita tidak suka mereka sayang (ambil berat dengan menasihati keatas sesuatu yang baik) kat kita. begitu hitamkah hati aku?? sampai aku menutup sesuatu kebaikan di atas keegoaan yang jelas bakal menempah ke alam neraka.

p/s: istigfar adalah satu perkatan yang amat di takuti oleh syaitan, jadi mari lah kite beristigfar di atas setiap kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan. mudah-mudah di cerahkan hati oleh Allah untuk menerima keredaan dan hidayah petunjuk-Nya.

Wednesday, April 22, 2009

amah bangsat

Pembantu rumah yang kejam. aku tak tahu perkataan apa lagi untuk di gambarkan terhadap seorang pembantu rumah yang mendera anak-anak majikan mereka. ada satu video yang dahulunya telah tersebar di seluruh genap dan ruang internet sekitar tahun 2007, kini sekali lagi tersebar 2 atau 3 hari yang lepas, mungkin untuk peringatan kembali bagi mereka yang telah lupa. Sekadar memberi pengajaran, rancangan 360 yang di hostkan oleh mazidul hari ini juga menayangkan petikan youtube tersebut di akhir rancangan beliau.

dilaporkan, ibu bapa yang mulai curiga selepas anak perempuan pasangan terbabit mengadu sakit di bahagian perut bertindak menginstall webcam dari laptop (jangan tanya aku macam mana, i'm not computer geek) di kondominium mereka. Namun, selepas bersemuka dengan amah-indon-bangsat (sorry terover) tersebut berhubung keadaan anak perempuan mereka, amah-indon-bangsat ini tidak mengakui dan memberi alasan ianya kerana anak terbabit terlalu banyak makan yogurt (bodo giler). selepas lebih kurang seminggu, majikan tersebut caught amah-indon-bangsat ni, assault anak lelaki mereka yang berumur baru setahun. namun, selepas di beri di beri peringatan (warning!!!), dengan yakinya majikan tersebut tinggalkan lagi anak mereka dengan amah-indon-bangsat-tak-sedar-diri ni.

akibatnya, terkujat beruk la majikan ni bila tengok anak perempuan mereka di tendang dengan kuatnya sehingga tersungkur sebelum menarik tangan budak perempuan ni macam kain buruk. tak cukup dengan ini, bila budak perempuan ni bangun di tendang pulak di bahagian belakang dan diinjak-injak berulang kali. (memang bangsat amah-indon-celaka ni).

cuba anda bayangkan, apa agaknya keadaan anak terbabit sekiranya parents ni tak install webcam. ish2 aku rasa mesti trauma budak ni. Aku ni, dengan cousin aku yang kecik tu pun tak sanggup nak pukul-pukul cam tu. even hari tu aku tersalah tarik rambut dia pun aku kesian giler. siap mintak maaf lagi, blanje aiskrim bagai. memang hati binatang amah-indon-sial ni.kalau la aku jumpa mahu aku lanyak separuh mati. dengan budak-budak boleh la.

owh lupa la pulak. selepas parent ni confront dengan amah-indon-sial tu, boleh pulak tak mengaku, siap ugut nak terjun dari tingkat 4 lagi. nasib baik cleaner kat situ call polis dan yang paling mengejutkan lagi amah-indon-bangsat ni boleh plak cakap kat polis majikan dera dia. tak pasal-pasal majikan tersebut di panggil untuk buat keterangan. setelah majikan tersebut tunjuk kat pak polisi video yang mereka rekod tu, aku dengar-dengar pak polisi pulak bantai amah-indon-bangsat (ni aku dengar dari sumber yang boleh diragui kebenaran nya la).

nota: amah bangsat ni baru je umur 18 tahun, dah setahun bekerja dengan majikan ni, dari indonesia

ni video dari youtube tetang penyiksaan kejam oleh amah-indon-bangsat-dan-celaka









dipercayai gambar amah-indon bangsat. diulangi dipercayai



p/s: aku memang alergik ngan indon yang bajet bagus, tak seda dek untung. kalo kutuk malaysia bukan kepalang, kalo kite kutuk dia mula la nak bakar bendera bagai..jakun giler...

saksikan 360 minggu depan 29hb 4 aku rasa mazidul akan cover cerita ni...hopefully

Sunday, April 19, 2009

cereka pendek: Chicken a la carte

cereka pendek sebuah kehidupan yang bertemakan kemiskinan dan kebuluran di arahkan oleh Ferdinand Dimadura, di bawakan khas oleh Globalization . Cereka ini telah memenangi people's choice award for short story-the most popular short story. sebenarnya banyak lagi short story yang aku ingin kongsi kan dengan korang semua, tapi sebab kesuntukan ruang dan masa percuma, terpaksa aku batalkan hajat. apa-apapun korang boleh usha Youtube untuk short story yang bagus-bagus terutamanya dari singapore.

chicken ala carte ni mengisahkan kemiskinan yang di hadapi oleh anak-anak di philiphines khususnya (jalan cerita), yang hanya mampu galas perut dengan sisa tulang yang di kutip oleh bapa mereka di sebuah restoran francais di negara itu. korang boleh lihat bagaimana gembiranya anak-anak bila si bapa pulang membawa satu tong besar (tong sampah kaler hitam) yang di penuhi tulang-tulang dan cebisan-cebisan daging ayam sisa buangan restoran francais tersebut, semua berebut untuk makan. diakhir cereka ini, pengarah meyelitkan beberapa fakta tentang kemiskinan dan kebuluran yang di hadapi oleh seluruh manusia di dunia-2 ribu orang mati akibat kebuluran setiap hari..renung-renungkanlah

hmm..bagi mereka yang suka membazir makan tu..aku rasa korang patut lihat video ni...






bertahan, dan bersyukur

hati aku senyap, tak mampu berkata-kata. sedih, kesian, simpati, dan malu semuanya berbaur-baur di sanubari. tiada apa aku mampu katakan...lihatlah sendiri wahai teman, di saat kita bersenang lenang di bumi bertuah ini, tahukah kita ada segolongan mereka yang tidak bernasib baik. walau berkurun mendiami bumi Malaysia ini (entah apa nama sebelum kedatangan melayu) kaum peribumi, masih bergelut dengan dunia sendiri. tahukah kita hutan belantara tempat nenek mereka bersemadi telah kita tumbangkan, kita hapuskan di atas nama pembangunan. wajarkah ia..?? dimanakah hak mereka...? walaupun berbagai plan dan cadangan telah kerajaan kemukakan untuk membantu mereka, bagi aku semua itu masih tidak mencukupi, bila kita melihat sendiri keadaan mereka. daif dan di ketepikan dari arus kemodenan dan segala kemudahan yang kita; melayu, cina dan india kecapi (walaupun ada segelintir antara kita tidaklah bernasib agak baik). namun sebagai orang asal di bumi bertuah ini, tidakkah mereka selayaknya mendapat lebih dari kita yang hanya pendatang semua ini (mengikut teori kedatangan melayu, kita juga pendatang)
bersyukur di atas segala kesenangan yang di kecapi




lagu perjuangan orang asal

aduhai!! bakpo la ya lagu ni blakow weh


terlalu berat untuk aku ukirkan, namun terpaksa jua jari ini ku gagah untuk menaip tat kala hati dirundung sendu. terdengar aku kata-kata 'manis' dua orang teman, tanpa peduli keliling, tanpa memaling kiri dan kanan...mungkin untuk bercanda barangkali ataupun sekadar untuk memecah ruang kesunyian di ruang tamu.

"orang klate jahat, tengok, sebab bola sepak dorang leh bakar truck polis"
"jom sokong selangor kat stadium bukit jalil nanti, kita sume pakai baju merah"
(taukah anda merah itu juga baju penyokong kelate...??)

hmm..aku sudah muak dengan cercaan dan makian yang dilemparkan disegenap ruang internet, terhadap orang kelantan, kini terpaksa jua aku dengar dari mulut teman sebumbung. sebelum ini tiada masalah langsung, barangkali tiada perkhabaran besar untuk di bicarakan tentang orang kelatan, namun bila insiden selasa 2 minggu lepas, terpaksa jua mereka lepaskan..aku tak salahkan kamu wahai sahabatku...kata-kata mu ada benarnya, namun mengstereotypekan bahawa semua orang kelantan serupa itu, amatlah tidak wajar sekali. maaf..!!

aku turut kecewa dengan insiden tersebut, bagi aku ia suatu yang amat memalukan khususnya bagi seluruh peminat bola sepak kelantan dan orang-orang kelantan amnya. manakan tidak kamu telah membuktikan semua tutur kata, caci maki mereka di internet selama ini ternyata ada kebenarannya. berbaloikah, untuk anda menunjukan bertapa gedebenya anda, sedang kami di perantauan pedih, perit menahan tempias di atas setiap tindak tanduk anda sekelian...??

beringatlah wahai penyokong semua, jagalah kelakuan anda...

apa-apapun, tugas anda sebagai penyokong tetap di hargai. adat permainan kalah dan menang sudah tentu. walaupun tidak di beri authority secara formalnya, namun aku di sini ingin memohon maaf di atas segala tindak tanduk dan kelakuan sahabat kami tempoh hari..



p/s: semoga berjaya untuk team kelantan di final nanti, teruskan usaha anda...kami di bahagian penyokong senantiasa bersama menyokong anda semua..


Thursday, April 16, 2009

kisah nakal tioman hall

Tadi aku kuar basuh baju kat kampus. Sbb xcukup syiling aku kene tukar kat vendor machine dulu..maklom la mesin basuh kat kampus tu hanye telan coin 5 posen jek..yang kecik2 ni xmaen, die nak yang besor2 jek…so, kene la aku jalan dari ujung redang hall tu gi bulatan depan tioman hall…mase lalu gajah menyusur antara redang and langkawi, tibe2 lak ingat balik kisah2 mase kitorang jadik residency kat tioman hall..best giler time tu..rindu lak…bising2 time malam, men bola la, takraw la, badminton la..hmmm…pastu gaduh lak ngan mak cik cleaner, slalu jek sepak kasut kitorang kat luar..ade skalik tu, slipper aziq sampai sudah xjumpe2..huhu…mesti makcik cleaner tu jeles ngan slipper kitorang..haha.. bising tiap2 pagi, membebel jek keje dorang..tp kitorang ignored je, buat2 tido pon ade..haha..jahat giler…rindu la plak...seyesly rindu.....

kisah malim yang malang

Aku lambat bangun!!!! Ya Allah.......ari nie ader presentation kat kerja aku! Mampos! Boss aku sumer ader, kalau aku lambat, abis lah karier aku kali ini.

Aku bergegas ke bilik air nak gosok gigi. Maner colgate?....alamak!!!!!!...colgate luper nak beli......camner nie?...takkan nak gosok gigi tak pakai colgate sey?...mulut aku kalau pagi-pagi berbau tak agak-agak....bangkai tikus lagi wangi. No time to buy.... terpakser gosok gigi pakai shampoo. Aku bilas je badan, takder gosok-gosok, sabun pun aku skip.

Lepas mandi aku pakai baju...carik baju kemeja lengan panjang biar smart sikit. Takder baju yg dah digosok!...sumer baju aku ronyok macam kertas kener gomol..... lerrrrrrr......orang dah lambat niee..... terpakserlah gosok baju kejap. Aku cari serika (iron lah bodoh) tak jumper.......ader kat dalam bilek adek aku. Aku ketuk pintu bilek dia, tak bukak...aku tery bukak pintu tapi terkunci. Hoi Leman!!!! bukak pintu ni lah !!!! Aku nak amek serika....kao nak simpan itu serika sampai kiamat keper???? Bukaklah cepat!!!! Aku dah lambat nie. Adik aku kalau dah tido macam orang mati...susah nak sadar, aku ingat kalau dia mati betul betul pun orang ingat dia tido. Akhirnyee dapat jugak aku serika tu.

Pager aku berbunyi. Opis aku yg page...dia letak 999, urgent lah tu. Aku tipon balik...diorang sumer carik aku. Aku cakap aku overslept, aku on the way, kejap lagi sampai. Aku pakai baju yg baru aku gosok........eh apsal kecik nie?......lerrrrr....aku tersalah gosok baju rupernyer!...aku tergosok baju adik aku. No time, aku pakai T-shirt polo, at least takyah gosok.

Berdesut aku kluar rumah tunggu teksi. Sepuluh minit aku tunggu teksi tak datang-datang, akhirnya ader kosong, aku tahan, teksi stop....and at that very moment aku teringat yg beg berisi surat-surat for the presentation tertinggal kat rumah, aku suruh dreba teksi tunggu sekejap, dia kater ok sementara tu aku berdesut balik ke rumah. Bila aku patah balik, itu teksi dah takder....so tunggu teksi lain lah. Pagi-pagi memang susah nak carik teksi, kalau naik bas suah terang tak sempat.

Terpakser aku naik bas.....ramai nak mampos!.Macam sarden aku kat dalam. Drebar bas bawak punyer slow....approaching trefik light dia bawak lagi slow, dari jauh aku nampak lampu merah, lepas tu tukar ijau, bila bas dah nak dekat itu trefik light, dia tukar merah balik, bas pun berentilah, aku punyer bingit. Aci kat sebelah aku plak tertido, kepaler dia terlentok kat bahu aku, lepas tu meleleh-leleh air liuh dia kener tangan aku....eeeeeeeeeee...bau kari, nie misti baru srapan prata nie, macam nak kasi satu kompang je.

Orang makin berasak-asak, sebelah aku ader pompan mengandung....dah sarat benar aku tengok...dlm ati aku deyni perut dah gini punyer besar pun masih naik bas lagi, naiklah teksi...kang tebranak dalam bas kang tak ke haru jadinyer? Aku pun bangunlah kasi dia duduk, bila aku bangun je, tu aci punya kpala sudah jatuh itu kerusi punya atas jugak, dia tepranjat, ape taknyer tengah tido syok-syok kat atas bahu aku...padan muker dia. Itu pompan mengandung taknak duduk plak....yek eleh deyni macam aku nak sodom je...owang dah kasi duduk tu duduk je lah. Jadi aku duduk baliklah, aci tengok aku sambil tersenyum, dia sambung tido kat bahu aku, siol punyer keling, satu kali punyer tepuk putih nanti.

Perkara yg amat ditakuti terjadi juga,...trefik jam. Nak terkencing aku dibuatnyer, tah dah braper ribu kali aku asek pandang jam tangan aku.....why?......why must this happen to me today? Aku dah penik rabak, Tuhan aje yg tahu camner punyer berkecamuk hati aku di saat ini. Pager aku berbunyik lagi.....999!....nak call balik ke tak nak nie?......kalau call balik gerenti aku kener maki punyer.....abis lah aku punyer promotion....argghhh! Aku kluarkan aku punyer handphone...misti nak call balik lah....aku akan explain the whole situation, hopefully boss aku understand.

"Hello...Mr Ng, this is Malim.....i'm still stuck at this......." "Malim!!!...Where the hell are you, the whole dept is looking for you....boss will be here any moment u know" Tipon aku tiber-tiber termati...battery flat lerrr. Aku punyer supervisor mesti ingatkan aku letak tipon....arghhhh.....abis lah aku! Nie apek kat depan aku asek peratikan aku dari tadi, muker macam LKY.....buat bodoh suah.

Aku turun dari bas yg dari tadi tak bergerak-gerak...kat depan ader kedai basikal, aku beli basikal dan berdesut ke opis. Sampai jugak aku kat opis....aku lari naik tangga menuju ke main entrance, at the same time ader orang nak ar.....BEDEBOOOOKKK!!!,......aku tergolek jatuh dari tangga, idong berdarah, fail dan kertas-kertas sumer betrabor. Aku pungut balik sumer kertas-kertas....ader yg melayang sampai kat tengah rd......aduuuhhhhhhhh...tensen nyer akuuuuuuuuuu!!!!!!! kereta sumer horn kat aku.....PON!!!! PONNNN!!!! PONNN!!!!! pasal aku kutip kertas-kertas kat tengah-tengah jalanraya.....pager aku berbunyik lagi...BEEP!!!BEEP!!!!BEEP!!!!, orang pekik "HOI!!!! CLEAR THE RD LAHHH!!!!!!!!"........ .argggghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!! bingitnyeeeeeeeeeeee!!!!!!!

Cuaca panas ...aku dah berpeluh-peluh. Dapat jugak sumer kertas-kertas yg betrabor tu. Aku masuk ke opis, sumer tengah berkumpul........ tengokkan aku yg baru masuk.....idong berdarah, baju basah, seluar terkoyak sikit, kertas-kertas dlm beg tak terurus. "Ahhhhh Malimmm......boss is on MC for three days...the presentation postponed to next week" supervisor aku buka mulut. Macam aku nak sumbat mulut dia dengan mop.


sumber: forum cari posted by GTO on 14/4/09

Sunday, April 12, 2009

aduyai..final la plak...

final dah makin dekat..lagho pun makin bertambah...bila la aku nak insap..result tiap2 sem terok xnak amek pengajaran ker..??hmmm...

ape pon gud luck to all my frens yang bakal menduduki final...do all the best...strive for success....

Saturday, April 11, 2009

aku penat ar...

Aku penat melayan kerenah diri sendiri. Aku penat memikirkan masalah sendiri. Sampai bila nak jadi macam ni…bosan dan kecewa…kalo aku analogikan hidup aku ni ngan maen dota bleh ker..?? setiap kali maen best, aku happy and then teruskan sampai habis, tapi kalo aku maen xbest nak kalah aku akan restart balik..hmmm camner ek nak restartkan hidup kite balik..???

rupa2nya ade caranya untul restart balik idup ni...just kembali kepada Allah..insyaAllah hidup akan tenang dalam menghadapi ape jua rintangan dan masalah…hidup xselalunye cerah dan happy.. That what make life interesting...believe me..kembali ke pangkal jalan..serah segalanya kepada Allah..

Friday, April 3, 2009

tinggallah kasih

Tinggallah kasih ku pergi dahulu
Membawa diri luka dihatiku
Berpisah kita tak kan lagi bertemu
Lupakanlah saja diriku

Tinggallah kasihku tinggallah sayang
Ku pergi jauh di rantau orang
Pada diriku tak usah dikenang
Biarlah derita ku tanggung seorang

Biarlah aku pergi membawa diri
Dengan bekalan pilu dihati
Hilangnya aku tak usah dicari
Anggaplah diriku tiada lagi

Kini diriku sepi sendirian
Tiada lagi kasih dan sayang
Debunga kasihku layu kekeringan
Dedaun cintaku layu berguguran

Kusangka tenangnya air di muara
Rupanya gelombang ganas bergelora
Budimu itu aku terpedaya
Mulutmu manis katamu dusta

Tidak aku menduga jadi begini
Janji sumpah setia dikau mungkiri
Semusim panas sinar mentari
Punah dek kerna hujan sehari


tinggallah kasih by megat nordin



Thursday, April 2, 2009

Azizul Hasni Awang the pocket rocket

silver wheel of Azizul the pocket rocket

Our very proud Jalur Gemilang waving over tears of our super cyclist at Track Cycling World Championships in Pruszkow, Poland, where Azizul has won 2nd place for men sprint and 11th in keirin on 29 of march. He competes at the final with French cyclist Gregory Bauge before defeated 2:1 and left with silver medal. Azizul began to carve himself as a known Malaysian cyclist after he won 2 gold medals at Asian Track Championship in April 2008. Obviously die menjadi kebanggan seluruh Malaysia, selepas kejayaan yang di capai oleh datuk nicol dan juga datuk lee chong wei…hopefully after this our government will give more attention to the track cycling so that sukan ni akan buat banyak improvement seperti badminton, squash ataupun skuad memanah. owh not forget congratulation also kepada sumer track cycling team seperti Josiah Ng, mohd edrus Yunus, Rizal Tisin and others ...




p/s: dengar-dengarnya Azizul antara favorite contestant untuk memenangi pingat emas dalam sukan olimpik London 2012

Wednesday, April 1, 2009

Bila Tukang Berbunyi

bila tukang berbunyi
pecahlah suasana sunyi
namun tidak kesepian hati
jauh mengelamun, hidup bermimpi
kesekian kalinya hati, membisik merindui
engkau jauh pergi
tinggalah aku sendiri

bila tukang berbunyi lagi
riuh menyanyi dan menari
mimpi kelmarin kembali lagi
mengharap pada yang tak sudi
hati merintih tiada peduli
tinggal kasih pergi tak kembali
silap diri, mengakui tinggi
bila jatuh, rebah, tidak mampu berdiri

bila tukang berhenti berbunyi
kegelapan disingkap mentari
tapi sayang, remuk dihati
tidak pernah tinggal pergi
harap di hati bertemu diri
menatap wajah untuk sekian kali
agar dapat mengubati hati
remuk, mencari tiada henti


singgahlah sekali lagi wahai si tukang malam..


burung tukang atau name saintifiknya adalah Caprimulgus sp adalah sejenis burung nokturnal yang juga dipanggil nightjar...suke buat bising tiap-tiap malam..dan cukup pemalas untuk membuat sarang...bertelur di atas tanah atau mengambil alih sarang burung lain yg ditinnggalkan...