Tuesday, June 16, 2009

owh inggeris punye bahasa

Seperti yang telah di jangka penggunaan bahasa telah menjadi suatu isu yang hebat di perkatakan. Tak kisahlah bahasa Malaysia mahupun bahasa inggeris. Hari ni (8 June 2009), timbalan perdana menteri kita telah megeluarkan satu cadangan berhubung penggunaan bahasa inggeris iaitu syarat wajib lulus peperiksaan sijil pelajaran Malaysia adalah lulus bahasa inggeris dengan gred B sekurang-kurangnya. Apa yang aku suka tentang muhyidin yasin ini adalah ketelusan dan kesudian beliau untuk mendengar pendapat dari orang ramai berhubung cadangan beliau ini, bukan terus mewartakan menjadi satu kemestian tanpa mengira pandangan pihak-pihak yang lain (terlalu banyak contoh untuk dikemukakan).
Pada pandangan peribadi aku lah kan, sekiranya benda ni (cadangan TPM) di laksanakan dan di implimentasikan dalam system pembelajaran sedia ada, ianya tidak ubah seperti meng-ingeriskan matematik dan sains. Sebab apa, ianya hanyalah satu tindakan yang sia-sia, dimana objektif untuk mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan bahasa inggeris tidak akan tercapai. Tindakan ini seolah-olah mencantas pucuk-pucuk onak yang berduri yang cuba mendaki mencekik leher, tanpa memusnahkan pangkal serta akar pokok itu sendiri. Mungkin hari ini kita bebas bernafas, namun esok lusa, patah tumbuh hilanglah berganti.
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah kita seharusnya mencari punca timbulnya sesuatu masalah itu, kita seharusnya mengkaji kenapa rakyat Malaysia lemah dalam bahasa inggeris? Adakah salah system pendidikan ataupun salah rakyat itu sendiri yang tidak terlalu mengambil berat akan kepentingan tersebut? Untuk meningkatkan penguasaan sesuatu bahasa itu, bagi aku perlulah mereka (pelajar/rakyat) sendiri yang involve dalam setiap activity pengkasaan bahasa inggeris. Begitu juga dengan isu PPSMI, ianya hanyalah untuk menglibatkan lebih banyak bahasa inggeris dalam dunia pelajar, namun bukan banyak melibatkan pelajar itu sendiri dalam dunia bahasa inggeris. Itu adalah satu benda yang teramat berbeza, sekiranya dinilai dengan teliti. Bahasa inggeris dalam dunia pelajar,dan pelajar dalam dunia bahasa inggeris, yang mana satu akan lebih berkesan? Sekiranya kita exposekan pelajar itu dalam dunia bahasa inggeris, tanpa melibatkan aktiviti secara langsung oleh pelajar aku rasa itu adalah sia-sia, namun sekiranyan kita melibatkan pelajar itu dalam bahasa inggeris, hasilnya adalah mungkin lebih baik.
Bagi mereka yang kurang nampak apa yang aku cuba perkatakan. Ini ada satu contoh kadar penyerapan lembapan (vapor) oleh span. Di andaikan span itu pelajar dan lembapan (vapor) itu adalah bahasa inggeris. Kita letak di satu sudut dalam sebuah bikar tertutup dengan jumlah lembapan yang banyak (vapor), tanpa berbuat apa-apa aku rasa kadar penyerapan kurang berkesan (ignore prinsip kecerunan kepekatan), namun kalau kita gerakkan span itu keseluruh bahagian dalam bikar walaupun lembapan itu sedikit berbanding situasi pertama tadi, aku rasa kadar penyerapan lebih berkesan. (contoh bodoh dari aku yang terlalu saintifik)
Jadi anda fikirlah, sekiranya bahasa inggeris di jadikan salah satu subjek wajib dalam SPM, mampukah ianya mencapai objektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris?
Bagi aku, ini mungkin suatu cara yang kuno, dan mungkin sudah ada sekolah-sekolah yang buat benda ni, tapi aku pasti penglibatan pelajar akan menjadi maksimum sekiranya kira mewujudkan satu minggu dalam sebulan ialah minggu bahasa inggeris, dimana semua urusan dan komunikasi di sekolah di jalankan dalam seminggu itu adalah sepenuhnya dalam bahasa inggeris. Denda ringan mungkin boleh dikenakan sekiranya pelajar ingkar mahupun cikgu-cikgi.
Bukannya aku menolak kepentingan bahasa inggeris itu, tapi aku cuma memberi pandangan dan cadangan berhubung isu ini. Aku sedar, bahasa komunikasi global adalah bahasa inggeris, kita takkan kemana tanpa bahasa inggeris (betul ker?), tapi aku cuma menolak cadangan yang hanya membaiki permukaan, menutup segala cela di luar sahaja, tidak pada akar umbi. Aku sendiri masih struggle dengan bahasa inggeris.

p/s: ada suara yang berbunyi, kebanyakan Negara maju bukanlah negara yang bahasa inggerisnya adalah bahasa utama, (jepun, perancis, jerman, rusia, dan china perhaps sekadar menamakan sedikit)

entry on delay

0 kutukan: