Sunday, June 28, 2009

reunion

Reunion. Ramai giler bebudak U yang anjur reunion mase cuti sem neh. Of coz la kan, ni la satu-satu nya chance for them to meet up and reminiscing the old story and strengthen their friendship. Ye tak? Same cam aku gak, kitorang (dak2 long gafar) memang every sem holiday kitorang akan wat BBQ, berkelah, jumpe ramai-ramai having fun, laughter and hanging out together. Walaupun ade sesetengah tu memang tiap2 hari jumpe, dok slalu lepak skalik even ade jugak sambung higher edu skalik, still jugak kitorang wat reunion. Alah sekadar untuk suka-suka.

Semalam, adalah waktu yang amat tepat sekali untuk wat reunion. Penganjurnya adalah Gra ngan missuari di sertai oleh lebih kurang 20 member (agak kurang berbanding reunion yang lepas) telah di adakan di Dalam Rhu, Taman Rehlah Semerak. Activity biasa, bakar ayam, chatting, mengumpat mengata sumer ada. Maklum la, dah agak lama kitorang tak berjumpa, terutamanya aku la sebab aku nyer cuti agak berbeza dengan member-member IPTA yang lain yang cuti rata-ratanya lebih kurang sama dalam tempoh yang sama.

Sebenarnya, kitorang dah berbincang tentang venue, transport dan mereka yang akan mengikuti beberapa hari sebelum itu dengan penganjur, namun berlaku sedikit kekalutan jugak sebelum kitorang bertolak, alah sikit jek. Bukan ape, just arguing tentang venue yang selalu di ubah-ubah dan juga transport, memandangkan jumlah mereka yang berkereta agak kurang berbanding mereka yang menyertai. Ok firstly kitorang decide nak pergi ker Pantai Melawi jek, pantai yang biasa kitorang anjurkan activity and then ade orang tak bersetuju plak katanye dah bosan akan tempat yang sama jek. Hmm..betol gak, lagi pon susah nak mandi kat pantai ngan panas lagi. So on the way kitorang ubah venue g semerak, taman rehlah..

Haha..sesampai jek ade la orang dok merungut sebab hasrat untuk mandi tak tercapai. Aku pon ia-kan jek..dorang dok membebel cakap nak p Lata Tembakah plak. Alah leceh gak la, sebab kitorang dah set up everything da, ngan api ape dah. Even ayam pon dah nak siap da. Nak tak nak, stay jek kat situ. Haha..nak dijadikan cerita ade 2 buah kereta kosong member tiba tak lama lepas tu. So lepas makan-makan, chating-chating..men bola sumer..kitorang sepakat untuk bertolak ke Lata Tembakah plak. Cukup la, sekadar nak lepaskan hasrat yang membengkak kat hati neh, dapat mandi kejap pon ok la. So ape lagi, dalam kol 3 lebih kitorang bertolak dari tok bali, lebih kurang 1 jam patutnya dah samapi. Tapi kitorang stop untuk semayang zohor jap. Ha, kat situ la amek mase lame giler..maklom la, bawak dak pompuan…ngan mekap lagi, nak telekong la..ape la..hmm..walhal sumer memang dah come-come blake..xletak mekap pon dah cun da..hehe..

So sesampai nye kat Lata Tembakah, ape lagi mandi la kitorang ni. Walaupon kejap jek..best gak la..and penat giler..ape pun, cukup berpuas hati gak sebab dapat jumpe member-member lame..rindu giler kat korang ni..thanks banyak-banyak kat penganjur Azera Yaacob dengan Misuari yang bertanggungjawab mengumpulkan kitorang, lain kali anjur la lagi erk, jgn lupe ajak aku skalik. Good job you guys.Thanks jugak kat Abe Mat, Hajar, Anif Puyuk, Mat Min, Jue’, Maniey and those yang sempat aku jumpe.


( abe mat, akem, aram, sarul, ontok, aku, jue, kak je, watiey, izzah, rehan, din, puyuk, jaim, missu, sara, pok jat, hajar, gra, bayah, pelah, mat min, maniey, syapik)

0 kutukan: