Saturday, April 25, 2009

anak pasangan tukar agama kekal agama asal

one last post before i'm going back to my hometown

aku terpanggil untuk memberi serba sedikit ulasan (bukan komen) dua posen aku tetang isu yang telah di persetujui oleh kabinet 2 atau 3 hari lepas. di petik dari laman web bernama (klik sini). menurut menteri yang bertanggungjawab, mereka (ibu atau bapa yang tukar agama) perlu mendidik anak-anak mereka mengikut agama asal, ini berikutan timbulnya beberapa isu yang sering menjadi perhatian dimata masyarakat, dimana bila salah seorang ibu bapa anak terbabit tukar agama, hak penjagaan anak sering mengundang kekecohan dan kekeliruan. keputusan juga di buat bahawa perkahwinan yang di bentuk dahulu (sebelum salah seorang tukar agama) tidak terbatal dan mereka masih di anggap sebagai suami isteri.

bagi islam, sudah terang-terang mengatakan bahawa islam tidak di benarkan berkahwin dengan mereka yang bukan islam. jadi persoalanya bagaimanakah islam mengiktiraf perkahwinan antara dua agama yang berlainan (ulasan ini di buat hanya pabila salah seorang pasangan memeluk islam). adakah islam tertegak dengan perlaksanaan tersebut?-sekadar memberi persoalan

mengikut fahaman aku (yang sedikit ni-tolong betulkan kalau salah) sebarang keputusan untuk mengekalkan anak-anak dengan agama asal ibu bapa juga harus mengambil kira Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan agama anak-anak. jadi, agaknya selepas ini mereka akan pinda perlembagaan ini juga kot...(betulkan kalau salah), dan setahu aku mengikut hukum syarak mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam.

entry ini bukanlah bertujuan untuk mengkritik mahupun untuk mengkondem keputusan yang aku kira telah di buat setelah segala "pertimbangan dan perbincangan" dibuat. ianya sekadar ulasan terhadap isu semasa.


note: untuk perkongsian ilmu sahaja diambil dari wikipedia berbahasa melayu
Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.
Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama
sekadar renungan. sekularkah kita...???

0 kutukan: