Friday, April 24, 2009

hati yang hitam

aku tiba agak lewat kemasjid ari ni, untuk solat jumaat. masa aku sampai khatib dah bagi khutbah hampir separuh dah. jadi masuk la aku, duduk bahagian tepi yang di khaskan untuk bebudak dan bebapak budak yang datang lewat (kawasan panas, tak de kipas). actually aku dah bertolak macam biasa dah, lebih kurang pukul 1.00 pm, tapi sebab melencong kearah lain (isi minyak dan ke tujuh sebelas-beli air), tu yang jadi lewat sket tu. hari ni khatib bagi khutbah tentang mati nya hati, atau something berkaitan dengan hati. memang isinya padat, dan kemas di tambah pula di baca oleh khatib yang muda, intonasi dan bacaan lebih kepada pidato, membuat aku tertarik dan bersemangat (ye kot).

khatib menceritakan tentang setiap dosa yang kita buat, akan muncul satu titik hitam dalam hati kita dan titik-titik itu akan terkikis dengan minta pengampunan dari Allah swt, jadi bayangkanlah banyak mana dosa yang telah kita lakukan dalam sehari, agak-agaknya orang macam aku ni yang sering bergelumang dengan dosa, mesti dah lebih dari hitam (atau adakah lagi perkataaan yang boleh di gambarkan bertapa gelapnya hati ku ini?). kadang-kadang majlis ilmu sebegini membuat aku teringat akan setiap kesalahan dan dosa yang aku telah lakukan sepanjang aku hidup 21 tahun di muka bumi Allah ini. hmmm...

alkisahnya selepas selesai menunaikan solat jumaat, aku berlalu ke tempat parking motor. di sebelah motor aku kelihatan motor pak guard yang memang aku jelek dan tidak suka (berlaku peristiwa ketahuan semasa aku di TISCRA- makmal komputer)-aku tak nak diskus isu ini. sebenarnya pak guard ni agak baik juga, dari segi ilmu agama dan amat suka menasihati pelajar-pelajar terutamanya berbangsa melayu -cuma aku yang agak tidak suka orang yang mencampuri urusan aku (jahil giler kan aku ni ataupun gelap giler hati aku ni!!). di awal-awal kami di bumi nottingham ni, pak guard ni la yang banyak bagi nasihat dan agak sporting berbanding pak guard-pak guard yang lain. oleh kerana Amin datang ke masjid dengan aku, aku terpaksa tunggu Amin dahulu. pak guard tadi mula datang menghampiri motor dia yang berada sebelah aku. aku yang sedia dari tadi mula memalingkan muka, harap-harap pak guard itu tidak menegur aku, namun harapan aku agak meleset.

" dah habis kelas ker?" tanya pak guard tadi dengan kuntuman senyum ikhlas di bibir. aduhai nape la orang tua ni p tegur aku plak ni, aku cakap dalam hati.
"aah dah habis dah, tunggu exam je lagi" balas aku, cuba nak balas senyum buat-buat.
"hmmm....bagus la, banyakan zikir, dan ingat Allah dan jangan lupa membaca juga, sebab itu satu dari jalan usaha" tambah pak guard tadi. aku senyum je.
"khutbah tadi bagus juga, cuma dia (khatib) tidak menghuraikan bagaimana cara untuk bersihkan hati dengan mendalam, dengan zikir biasa tak cukup perlu sesuatu yang lebih kuat sekiranya kita nak bersihkan hati. Nabi s.a.w dah ajar kat 4 orang sahabat baginda, umar, usman, abu bakar dan ali macam mana nak bersihkan hati (pak guard tu tak cerita pulak apa yang di ajar nabi kepada 4 sahabat baginda itu-barangkali kesuntukan masa). kita cuma praktikkan ape yang di ajar itu. insyaAllah hati kita akan tenang dan bersih" jelas pak guard tu. aku menganguk setuju.

pada masa ni, Amin baru keluar dari masjid. aku mintak diri untuk blah dengan suatu pukulan di otak aku yang membuat aku berfikir. Bertapa jahilnya aku, terlalu cepat menghukum orang lain semata-mata kita tidak suka mereka sayang (ambil berat dengan menasihati keatas sesuatu yang baik) kat kita. begitu hitamkah hati aku?? sampai aku menutup sesuatu kebaikan di atas keegoaan yang jelas bakal menempah ke alam neraka.

p/s: istigfar adalah satu perkatan yang amat di takuti oleh syaitan, jadi mari lah kite beristigfar di atas setiap kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan. mudah-mudah di cerahkan hati oleh Allah untuk menerima keredaan dan hidayah petunjuk-Nya.

0 kutukan: