Monday, May 11, 2009

antara dua: hitam mahupun putih

pada 8 April yang lepas, kuasa keatas padang ragut kambing biri-biri telah bertukar tangan apabila kawanan telah bersetuju dengan undian terbanyak bahawa kumpulan biri-biri putih lebih berhak dan bagus dikira untuk menjadi penguasa di padang ragut tersebut. walaubagaimanapun keputusan ini, di tentang hebat oleh kumpulan biri-biri hitam yang telah berkurun berkuasa keatas padang ragut tersebut. kekalah ketua kumpulan biri-biri hitam itu amat memalukan dan kawanan biri-biri hitam memaksa ketua mereka turun takhta dan di ambil alih oleh biri-biri hitam yang baru, yang lebih menonjol dari segi warna untuk membezakan antara biri-biri putih dan biri-biri hitam. dengan bantuan lembu-lembu yang memerintah padang ragut sebelah, ketua biri-biri hitam yang baru dengan kasarnya dan tidak berdemokrasinya merampas balik takhta penguasaan padang ragut dengan menarik 3 ekor biri-biri putih lalu di celup dalam minyak enjin hitam untuk menjadi sebahagian dari mereka dan seterusnya menyebabkan majoriti berpihak kepada mereka. di khabarkan 3 ekor biri-biri putih itu telah di beri sogokan dengan rumput-rumput import oleh mereka yang merancang perampasan kuasa tersebut LembRi ( lembu + biri-biri hitam). hal ini telah menimbulkan kekecohan di kalangan biri-biri putih yang meroyan dengan tunjuk perasaan dengan tidak mahu mandi dan seterusnya menghasilkan bulu-bulu yang kasar dan tidak menarik untuk penggembala lagi. ibarat sudah jatuh di timpa tangga, penggembala juga memihak kepada kumpulan lembu dan biri-biri hitam dengan mengiktiraf dan melantik ketua biri-biri hitam sebagai penguasa di padang ragut tersebut. oleh kerana undang-undang padang ragut, yang mengatakan pengembala hanya berhak untuk melantik penguasa baru namun tidak berhak untuk melucutkan jawatan penguasa padang ragut. hal ini mendefinekan bahawa ketua kumpulan biri-biri putih masih berhak untuk menjadi penguasa di padang ragut tersebut, oleh kerana wujudnya dua penguasa dalam satu padang yang kecil berlakulah konflik kuasa. yang meperlihatkan berlakunya insiden-insiden yang melucukan di antara dua kawanan biri-biri berlainan warna tersebut.

kes kekecohan di padang ragut itu selalu menjadi perhatian binatang-binatang dari luar, yang memperlihatkan perundangan hutan yang di sanjung oleh haiwan-haiwan telah di rogol dan di cabul dengan rakusnya oleh kawanan lembu-lembu dan biri-biri hitam. tidak kurang yang mengkritik dan tidak kurang juga yang memuji tindakan kretif kawanan LembRi itu namun bagi pihak penggembala masih lagi mendiamkan diri, enggan memberi sebarang komen tentang kekalutan dan kekecohan yang berlaku, ekoran tindakannya melantik penguasa biri-biri hitam itu, mengenepikan demokrasi yang jelas memihak kepada biri-biri putih.

setelah berlaku perebutan kuasa yang hebat, si ketua biri-biri putih telah membawakan kes ini ketengah-tengah hutan untuk dibicarakan dalam jemaah tertinggi kerajaan hutan. setelah berbulan-bulan menunggu keputusan jemaah yang diketuai oleh sang bijak pandai si kancil dan penasihatnya si keldai, akhirnya telah memutuskan bahawa penguasa yang berhak keatas padang ragut tersebut adalah ketua biri-biri putih dengan fakta-fakta dan hujah-hujah yang jelas. lalu besarlah kemaluan si LembRi apabila menerima perkhabaran sedih tersebut. segala usaha, tipu helah dan perancangan masa hadapan untuk keluarga LembRi (sdn. bhd.) hancur musnah. rosak semuanya...lalu berlalulah pergi si bebiri hitam itu dari istana penginapan rasmi si penguasa padang....

sekian kisah kanak-kanak yang tidak di ceritakan kepada aku...

p/s: cerita ini hanya dongengan semata-mata, bukan merujuk kepada mana-mana pihak, harap maklum..!!!

0 kutukan: