Sunday, May 24, 2009

antara dua: mogok lapar?

hmm...sambung kisah biri-biri putih dan biri-biri hitam lagi.

setelah mahkamah tinggi hutan memberi kuasa keatas biri-biri putih, dengan tidak berpuas hatinya si LemBri (rujuk artikel lepas), merayu kemahkamah rayuan untuk menangguhkan keputusan yang di buat oleh mahkamah tinggi hutan. permohonan si LemBri hanya mengambil masa beberapa minit sahaja sebelum di terima oleh mahkamah rayuan hutan seterusnya mengdeclare ketua kumpulan biri-biri hitam adalah penguasa yang sebenar di padang ragut tersebut dengan menangguhkan keputusan mahkamah tinggi hutan.

namun, alang-alang berakit biarlah sampai kehulu, itulah semangat si ketua biri-biri putih apabila die keesokan pagi nya terlonggok di depan pintu mahkamah rayuan untuk membuat permohonan untuk menangguhkan keputusan mahkamah rayuan sebelum ini yang memihak kepada ketua biri-biri hitam. namun tidak seperti si LemBri, mahkamah rayuan hutan membuat keputusan untuk mendengar permohonan si ketua biri-biri putih selepas beberapa hari.

walaubagaimanapun, nasib tidak di pihak si biri-biri putih apabila mahkamah rayuan tersebut menolak permohonan mereka. hampa, kecewa dan patah hati, si ketua biri-biri putih dan beberapa orang kanannya bertindak untuk melancarkan mogok lapar di hadapan kediaman rasmi penguasa padang ragut. hmm..nasib ko la si biri-biri putih..

sekian, sekadar untuk update..

0 kutukan: