Saturday, May 2, 2009

hmm..mampukah aku..??

patutkah aku give up? dengan semua tekanan yang aku hadapi mampukah aku bertahan untuk terus insane dan berfikir di dalam batas-batas kemanusian? kadang-kadang aku penat, (literally) penat sangat-sangat, layan kerenah diri sendiri yang tak jemu mencipta masalah yang terus membuka ruang untuk mereka attack dan terus melumpuhkan sistem keperibadian aku. entah kenapa harapan untuk aku membuka hidup baru tetap musnah tidak kira berapa kali aku bertekad untuk membuka lembaran baru, tiap kali itu lah setiap lumpur-lumpur semalam terpalit seterusnya mengotori laman baru yang aku mahu wujudkan-bebas dari masalah diri sendiri yang terus berkeperibadian menjelekkan.

jiwa kosong dan penat, entah macam mana untuk aku hadapi ujian ini dan juga ujian final nanti...??

wahai jiwa yang sunyi,
sudikah engkau menyanyi,
hanya untuk menghiburkan hati,
yang lara dan penuh sepi
dari terus digenangi mimpi
yang tak pasti akan terdiri

mampukah aku berdiri lagi
setelah ditikam bertubi-tubi
oleh mereka yang di gelar sehabat sejati
kehadiran mu hanya mimpi yang tak pasti mencerahkan hari
harapan dan sokongan yang diberi hanya disia-siakan tanpa erti

berbaloikah kamu digelar kawan, wahai sahabat?
yang hanya mengambil keuntungan bila sempat
meninggalkan aku tidak bertempat
wajarkah kamu di gelar sahabat?
bila senang kau datang rapat
di kala susah kau tinggal aku merempat

tak perlu kau jaja semua kejelekanku
untuk memberi mereka peluang supaya aku tak mampu berdiri dan terus kaku
aku tahu akan sifatku
yang tak punya keperibadian yang laku seperti seperti diri mu
di sanjung ramai bak tuanku
di senangi orang berbanding aku
tapi ingatlah wahai kawan, dunia yang berputar bukan kaku

p/s: bukan di sampai kan specificly untuk orang tertentu

0 kutukan: