Wednesday, May 20, 2009

satu sekolah untuk semua


kempen satu sekolah untuk semua. benda ni dah di ketengahkan agak lama oleh pejuang bangsa malaysia untuk satukan system persekolahan di malaysia dengan hanya satu jenis sekolah sahaja, tiada lagi sekolah jenis kebangsaan yang berasakan kaum namun pelaksanaan still maybe di peringkat kajian kot (andaian aku jek, berikutan dah lama benda ni di cadangkan). walaupun sedikit daripada idea ini telah di laksanakan dengan penubuhan sekolah wawasan pada tahun 2000,( kalo tak silap aku) namun, aku lihat keberkesanannya masih lagi di ragui dan masih samar-samar lagi. seperti yang kita ketahui, gagasan sekolah wawasan, atau kompleks sekolah wawasan telah di implikasikan di beberapa buah sekolah di malaysia dengan menggabungkan sekolah jenis kebangsaan (tamil dan cina) dengan sekolah kebangsaan biasa di bawah satu pentadbiran, namun aku tidak lihat keberkesanan dalam membentuk semangat bangsa malaysia dan konsep satu malaysia yang di war-warkan oleh perdana menteri kita yang baru. sebaliknya sekolah wawasan still lagi di divided mengikut kaum, cuma di bawah pentadbiran general yang sama tapi mempunyai guru besar/pengetua masing-masing dan belajar di bawah bumbung yang berlainan. (tak paham, nape ade gak orang cadangkan benda nih, aku tak nampak cara untuk memajmukan kaum pun dengan cara ni-polarisasi)

mengikut konsep satu sekolah yang di bentang kan, kita akan mempunyai satu buah sekolah sahaja yang semua kaum belajar bersama di bawah satu bumbung. walaupun idea ni di tentang oleh pihak tertentu (golongan fasis, maybe) yang melihat dengan perlaksanaan ini, budaya dan bahasa ibunda mereka akan terjejas. itu pendapat masing-masing, namun aku lihat ianya adalah suatu keperluan untuk memastikan semua kaum hidup tanpa prejudis terhadap satu sama lain. janganlah di sebabkan satu gelintir kecil yang tak setuju, kita terus menolak kepentingan semua.. (pikir-pikirkanlah). masih banyak lagi generas yang nak hidup di malaysia ni pada masa akan datang, jadi apa salahnya kalau kita bersikap tolak ansur, buang kepentingan sendiri demi satu malaysia.

aku lihat benda dah agak lama dah, malah bila salah seorang menteri (or ahli politaik yang aku lupa siapa) cadangkan benda ni, aku fikir that's very brilliant idea. dengan penubuhan satu sekolah untuk satu malaysia, budak-budak ni boleh belajar untuk bergaul dengan pelbagai bangsa sejak dari kecil lagi. so mereka dah boleh memahami erti persahabatan antara kaum dan tak lah kekok bila di peringkat university nanti pabila kita terpaksa berdepan dengan realiti sebenar dan hidup dalam masyarakat berlainan budaya, agama, dan cara hidup dengan kita.this things really2 obvious untuk di nilai dan di amati kat university aku ni, apabila golongan melayu hanya bergaul dengan melayu, cina dengan cina dan india dengan india. kitorang cuma masuk group apabila di assignkan satu tugasan yang sama, nak tak nak kene la berjumpa dan berbincang, tapi perasaan kekok tu still there. ada jugak segolongan melayu yang tidak kekok langsung pabila berinteraksi dengan bangsa lain and pabila di salah-silahkan rupa-rupanya mereka pernah bersekolah disekolah yang rata-rata bukan melayu sebagai majority. see the point there...??? lentur buluh biarlah dari rebungnya...cukup cantik peribahasa ni..

satu lagi idea yang agak bernas untuk di fikirkan, apa kata kita mewajibkan semua pelajar untuk belajar empat bahasa, melayu, mandarin, tamil dan juga bahasa inggeris. benda ni kita boleh kurangkan sikap prejudis terhadap kaum lain dan dapat mengeratkan hubungan. yes, i'm aware that nak belajar 4 bahasa bukan suatu yang mudah bagi kitakan, belajar bahasa inggeris ni pun dah merangkak-rangkak ape tah lagi nak berbahasa tamil mahupun mandarin. tapi apa kata di peringkat awal ni kita just biarkan mereka untuk belajar bahasa tersebut tanpa perlu kita buat peperiksaan mahupun di include dalam UPSR, PMR mahupun SPM. see...?? tekanan tu dah tiada dah. tapikan untuk menjayakan benda ni, cikgu-cikgu pun penting gak.. dorang have to know the best way to teach student so that student ni tak de la bosan dan tertido lam klas je...

aku tulis entry ni bukan ape, sedang aku browse tenet tiba-tiba ada orang antar satu petisyen mengutip tanda tangan untuk di hantar kepada timbalan menteri untuk mengubah sistem persekolahan yang ada sekarang ni. tu yang buatkan aku sedikit bersemangat untuk siapkan entry ni, walaupun tengah bz ngan exam lagi...untuk tinggalkan tanda tangan anda klik sini

just a nice videos









p/s: ni just pendapat peribadi aku sahaja, mungkin akan ada orang yang tidak bersetuju dengan aku, tapi aku cuma nak luahkan ape yang aku fikirkan betul..

p/ss: ape yang aku pikirkan betul tak semestinya betul pada orang lain..ingat..!! setiap individu ada pendapat masing-masing...

0 kutukan: